Showing posts with label Murid. Show all posts
Showing posts with label Murid. Show all posts

Monday, 21 July 2014

Terencat Akal

Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Kanak-kanak terencat akal mengalami masalah di dalam pembelajaran kerana tahap mental yang rendah dan rendah ataupun tiada keupayaaan dalam mengurus aktiviti harian. Kanak-kanak yang mengalami terencat akal teruk tidak dapat berjalan, bercakap ataupun mengurus diri (Jamila K.A Mohamed 2005).

Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:
  • Kurang koordinasi motor. 
  • Sukar menumpukan perhatian. 
  • Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. 
  • Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. 
  • Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan. 
  • Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. 
  • Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. 
  • Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. 
  • Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. 
  • Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. 
  • Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. 
  • IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas. 
  • Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif. 
Read more ...

Attention Defict disorder (ADD)/ Attention Defict Hyperactivity disorder (ADHD)

  • Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder(ADD/ADHD) tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. 
  • Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. 
  • Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD. 
  • Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006). 
Kategori ADHD adalah seperti berikut:
Kurang tumpuan
Tidak dapat menumpu perhatian, kerap mengelamun, tidak teratur dan kerap kali lupa.

Hiperaktif impulsif
Jumlah pergerakan yang sangat tinggi dan implusif (melakukan sesuatu tanpa befikir). Kerap mengetuk meja dan menggoyang kerusi, berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

Gabungan
Mempunyai petunjuk pada kedua-dua ciri di atas.

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah:
  • Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. 
  • Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. 
  • Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD. 
  • Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki. 
  • Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui. 
  • David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. 
  • Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. 
  • Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. 
  • Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar. 

Read more ...

Pendidikan Khas Disleksia

  • Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.
  • Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. 
  • Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.
  • Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. 
  • Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.) 
Jenis-jenis disleksia

  • Disleksia visual – penggunaan deria penglihatan
  • Disleksia audiotori – penggunaan deria pendengaran
  • Disleksia visual auditori –tahap yang teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya menginterpretasi apa yang dilihat dan didengar.

Read more ...

Sunday, 20 July 2014

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

Masalah pendengaran ialah ketidakupayaan mendengar pertuturan, bahasa, muzik dan bunyi-bunyi alam sekeliling adalah berkaitan dengan masalah psikososial yang memberi kesan terhadap fungsi dan kualiti kehidupan seharian (Lindblade dan McDonald 1995).

Punca:
  • Baka
  • Semasa lahir
  • Selepas lahir

Tahap kehilangan pendengaran:
1. Kurang pendengaran
  • Ringan – tahap kehilangan antara 20 – 35 decibel (dB) bantuan alat pendengaran
  • Sederhana - tahap kehilangan antara 36 – 60(dB) memahami percakapan 3-5 kaki dan perlu suara kuat.
2. Pekak
  • Teruk - tahap kehilangan antara 61 – 90 (dB) jarak 1 kaki
  • Sangat teruk - tahap kehilangan lebih 91(dB) keatas sedar bunyi melalui getaran
Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah
  • Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. 
  • Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. 
  • Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. 
  • Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan. 
  • Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain. 

Read more ...

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

Masalah penglihatan melibatkan individu yang pernah dapat melihat ataupun yang pernah melihat beberapa tahun tetapi lam kelamaan kehilangan penglihatan sedikt ataupun keseluruhan (Jamila K.A Mohamed 2005).

Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.

Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Punca berlaku masalah penglihatan:

  • Baka dan keturunan
  • Komplikasi semasa hamil dan sentiasa lahir
  • Rubela
  • Sifilis
  • Kecederaan
  • Penyakit 
  • kemalangan
Tahap kecacatan penglihatan adalah seperti berikut:
  • Sederhana – kanak-kanak boleh melihat cahaya dan menjalankan aktiviti dengan menggunakan alat bantuan khas spt kanta
  • Teruk – memerlu banyak masa dan tenaga dlm semua aktiviti 
  • Sangat teruk – kesukaran dlm menjalankan aktiviti dan perlu bantuan deria lain
Implikasi murid dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

  • Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. 
  • Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. 
  • Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran. 


Read more ...

Tuesday, 15 July 2014

DEFINISI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

DEFINISI
Pelajar yang telah disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran dari segi kebolehan kognitif, tingkahlakusosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. (KPM, 1991)

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
FIZIKAL - bentuk badan tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal tetapo mempunyai keupayaan mental yang rendah.

SOSIAL DAN PERIBADI - bidang pemerhatian yang singkat dan kurang tumpuan serta mudah kecewa kerana kegagalan lalu.

INTELEK - rendah dari segi:- daya ingatan, kebolehan dalam bidang generalisasi, pengamatan, pengkonsepan berbentuk kreatif dan kemahiran bahasa.

KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

  • Spastik (Celebral Palsy)
  • Hiperaktif
  • Hipoaktif
  • Kecelaruan Tingkah Laku
  • Gangguan Emosi
  • Autistik
  • Kerencatan Akal Ringan
  • Sindrom Down
  • Epilepsi
  • Lembam (Slow Learner)
  • Disleksia
Read more ...

Ciri-ciri Murid Pendidikan Khas

Ciri-ciri Fizikal

  • Kanak-Kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa.


Ciri-ciri Intelek

  • Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi bahasa.
  • Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah
  • Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.


Ciri-Ciri Tingkah Laku

  • Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
  • Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
  • Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.
  • Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.


Read more ...

Saturday, 12 July 2014

Elaun Murid Khas (EMK)

LATAR BELAKANG
Kerajaan telah meluluskan pemberian bantuan EMK bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas yang tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).

KELAYAKAN MURID 

Kelayakan murid untuk menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti
berikut:

  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Murid Prasekolah hingga Tingkatan 6; 
  3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan;
  4. Pelajar di Kolej Matrikulasi;
  5. Memiliki surat pengesahan OKU/Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
  6. Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan Kerajaan. 
KADAR ELAUN 
Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang 
layak ialah RM150.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh) sebulan dan dibayar 
untuk tempoh 12 bulan. Pembayaran EMK dibuat dua (2) kali setahun. 

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 
Bagi melancarkan proses pemberian EMK, setiap peringkat perlu memainkan 
peranan dan tanggungjawab seperti berikut: 
  • Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Sekolah Pendidikan Khas dan menjadi penyelaras keseluruhan bagi data murid OKU;
  • Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/SMV);
  • Bahagian Matrikulasi perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Kolej Matrikulasi;
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membuat pengesahan dan meluluskan permohonan yang diterima secara atas talian (online) daripada sekolah setelah disemak oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD); dan 
  • Pengarah Kolej Matrikulasi/Pengetua/Guru Besar perlu mengenal pasti murid-murid yang layak menerima EMK. 
TATACARA PERMOHONAN 
Tatacara permohonan EMK adalah seperti berikut: 
  1. Pihak Kolej Matrikulasi/Sekolah perlu mengedarkan borang permohonan EMK kepada ibu bapa/penjaga murid yang layak untuk diisi seperti di Lampiran A. Borang yang telah lengkap berserta dokumen sokongan yang telah disahkan perlu diserahkan kepada pihak Kolej Matrikulasi/Sekolah; dan
  2. Borang permohonan yang diterima hendaklah disemak dan disahkan di peringkat Kolej Matrikulasi/Sekolah. Senarai permohonan tersebut hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) kepada BPKhas/Bahagian Matrikulasi/ BPTV/JPN melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/sisoku/ berdasarkan takwim tahun semasa yang diedarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesi permohonan EMK adalah Sesi I Januari tahun semasa dn Sesi II September tahun semasa,
  3. Murid yang tamat persekolahan di Sekolah Rendah perlu membuat permohonan semula di Sekolah Menengah. Murid di Sekolah Menengah yang menyambung pengajian ke peringkat Matrikulasi juga perlu membuat permohonan semula di Kolej Matrikulasi; dan 
  4. Pembayaran tidak akan dibuat bagi permohonan selepas 30 September tahun semasa. 
TATACARA PEMBAYARAN 
Kaedah pembayaran EMK bagi murid yang layak adalah seperti berikut: 
  1. Tarikh daftar sekolah bagi murid yang mempunyai kad OKU; atau 
  2. Tarikh menerima kad OKU daripada JKM bagi murid yang sedang bersekolah. 
Penerima EMK akan menerima bayaran EMK mengikut kadar yang telah ditetapkan sehingga tamat pengajian matrikulasi / tempoh persekolahan. 

Sumber: Surat Pekeliling Kewangan Bil.1 Tahun 2012 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) 
Read more ...