- Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder(ADD/ADHD) tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.
- Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.
- Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD.
- Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).
Kategori ADHD adalah seperti berikut:
Kurang tumpuan
Tidak dapat menumpu perhatian, kerap mengelamun, tidak teratur dan kerap kali lupa.
Hiperaktif impulsif
Jumlah pergerakan yang sangat tinggi dan implusif (melakukan sesuatu tanpa befikir). Kerap mengetuk meja dan menggoyang kerusi, berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.
Gabungan
Mempunyai petunjuk pada kedua-dua ciri di atas.
Kurang tumpuan
Tidak dapat menumpu perhatian, kerap mengelamun, tidak teratur dan kerap kali lupa.
Hiperaktif impulsif
Jumlah pergerakan yang sangat tinggi dan implusif (melakukan sesuatu tanpa befikir). Kerap mengetuk meja dan menggoyang kerusi, berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.
Gabungan
Mempunyai petunjuk pada kedua-dua ciri di atas.
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah:
- Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
- Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru.
- Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.
- Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.
- Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui.
- David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut.
- Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut.
- Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka.
- Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.
No comments:
Post a Comment