Masalah pendengaran ialah ketidakupayaan mendengar pertuturan, bahasa, muzik dan bunyi-bunyi alam sekeliling adalah berkaitan dengan masalah psikososial yang memberi kesan terhadap fungsi dan kualiti kehidupan seharian (Lindblade dan McDonald 1995).
Punca:
- Baka
- Semasa lahir
- Selepas lahir
Tahap kehilangan pendengaran:
1. Kurang pendengaran
- Ringan – tahap kehilangan antara 20 – 35 decibel (dB) bantuan alat pendengaran
- Sederhana - tahap kehilangan antara 36 – 60(dB) memahami percakapan 3-5 kaki dan perlu suara kuat.
- Teruk - tahap kehilangan antara 61 – 90 (dB) jarak 1 kaki
- Sangat teruk - tahap kehilangan lebih 91(dB) keatas sedar bunyi melalui getaran
Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah
- Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar.
- Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru.
- Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.
- Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
- Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.
No comments:
Post a Comment