Saturday, 12 July 2014

Elaun Murid Khas (EMK)

LATAR BELAKANG
Kerajaan telah meluluskan pemberian bantuan EMK bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas yang tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).

KELAYAKAN MURID 

Kelayakan murid untuk menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti
berikut:

  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Murid Prasekolah hingga Tingkatan 6; 
  3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan;
  4. Pelajar di Kolej Matrikulasi;
  5. Memiliki surat pengesahan OKU/Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
  6. Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan Kerajaan. 
KADAR ELAUN 
Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang 
layak ialah RM150.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh) sebulan dan dibayar 
untuk tempoh 12 bulan. Pembayaran EMK dibuat dua (2) kali setahun. 

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 
Bagi melancarkan proses pemberian EMK, setiap peringkat perlu memainkan 
peranan dan tanggungjawab seperti berikut: 
  • Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Sekolah Pendidikan Khas dan menjadi penyelaras keseluruhan bagi data murid OKU;
  • Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/SMV);
  • Bahagian Matrikulasi perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Kolej Matrikulasi;
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membuat pengesahan dan meluluskan permohonan yang diterima secara atas talian (online) daripada sekolah setelah disemak oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD); dan 
  • Pengarah Kolej Matrikulasi/Pengetua/Guru Besar perlu mengenal pasti murid-murid yang layak menerima EMK. 
TATACARA PERMOHONAN 
Tatacara permohonan EMK adalah seperti berikut: 
  1. Pihak Kolej Matrikulasi/Sekolah perlu mengedarkan borang permohonan EMK kepada ibu bapa/penjaga murid yang layak untuk diisi seperti di Lampiran A. Borang yang telah lengkap berserta dokumen sokongan yang telah disahkan perlu diserahkan kepada pihak Kolej Matrikulasi/Sekolah; dan
  2. Borang permohonan yang diterima hendaklah disemak dan disahkan di peringkat Kolej Matrikulasi/Sekolah. Senarai permohonan tersebut hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) kepada BPKhas/Bahagian Matrikulasi/ BPTV/JPN melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/sisoku/ berdasarkan takwim tahun semasa yang diedarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesi permohonan EMK adalah Sesi I Januari tahun semasa dn Sesi II September tahun semasa,
  3. Murid yang tamat persekolahan di Sekolah Rendah perlu membuat permohonan semula di Sekolah Menengah. Murid di Sekolah Menengah yang menyambung pengajian ke peringkat Matrikulasi juga perlu membuat permohonan semula di Kolej Matrikulasi; dan 
  4. Pembayaran tidak akan dibuat bagi permohonan selepas 30 September tahun semasa. 
TATACARA PEMBAYARAN 
Kaedah pembayaran EMK bagi murid yang layak adalah seperti berikut: 
  1. Tarikh daftar sekolah bagi murid yang mempunyai kad OKU; atau 
  2. Tarikh menerima kad OKU daripada JKM bagi murid yang sedang bersekolah. 
Penerima EMK akan menerima bayaran EMK mengikut kadar yang telah ditetapkan sehingga tamat pengajian matrikulasi / tempoh persekolahan. 

Sumber: Surat Pekeliling Kewangan Bil.1 Tahun 2012 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) 

47 comments:

  1. Minta elaun pelajar OKU d naikkan dari Rm150 sebulan kepada Rm200 senulan.

    ReplyDelete
  2. Enter your comment...ada sekolah tu bila ealun nak keluar aja dah mula merancang bawa murid berjalan kesana sini..sudahnya elaun murid tu buat seronok cikgu tumpang mkn angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam,elaun emk untuk yg pertama tahun 2021 kuala lumpur dah masuk ker?

      Delete
  3. Wang Emk ada bayar ke kalau budak oku masuk aliran perdana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..janji ada kak oku..anak saya saya masukkan under aliran perdana..sbb nk dia amik exam mcm budak biasa..

      Delete
  4. Mcmana pula kalau pelajar didaftarkan ke sekolah swasta, boleh tuntut ke wang elaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah kerajaan je kak..kalau x silap saya

      Delete
  5. Wang elaun dah masuk ke blum .. sampai sekarang blum lagi masuk , nak beli baju raya terbantut , wang elaun tak masuk ...bila bleh masuk , ye !!??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...elaun x masuk lagi..12hb jun 2019...elaun dari awal jan sehingga jun...

      Delete
  6. X ada masuk trpksa mengikat perut demi kebaikan anak ..kemudian hari

    ReplyDelete
  7. Bilakah elanun oku dikreditkan pada tahun 2019

    ReplyDelete
  8. anak tanya dah masok ke elaun emk..letih ulang alik bank pastu nak ambik no giliran lagi..

    ReplyDelete
  9. ikut kpm elaun bulan jan hingga jun dibayar pada bulan jun...dan elaun julai hingga disember pada bulan september..tapi ni dah nak masuk ogos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmi kat sabah pn lum dpt.yg jnuari smpai ada tu pn lmbt bln ogos dptari tu

      Delete
  10. bila tanya cikgu kat sekolah apa yg dimaklumkan belum dapat apa2 surat dari KPM tapi Perak dah dapat

    ReplyDelete
  11. Kuching,sarawak.. Setakat ni belum ada apa2 berita tentang Emk.. Puii kerajaan ph janji penuh harapan.. Dulu kerajaan bn tkda mcmni

    ReplyDelete
  12. perak...kelantan..dan negeri 9 dah terima suarat siaran KPM..wang telah d salurkan bulan jun lagi.

    ReplyDelete
  13. Kenapa emk untuk ngeri kelantan belum dapat lagi janji bulan julai skg dh masuk ogas

    ReplyDelete
  14. Bila akan masuk duit emk utk selangor?

    ReplyDelete
  15. Hi , anak saya (oku ) berpindah sekolah dari johor ke sabah pddkn khas menengah pada awal tahun ini .. Murid lain dah masuk bantuan emk tp anak saya xder dalam senarai penerima ,utk makluman .. Masa sekolah di johor dia dapat bantuan emk .Bila saya tanya pihak sekolah d sni ,katanya anak xder nama dalam sistem .Pertanyaan saya ,masih boleh kah kita tuntut emk mulai dr bln 1 - bln 7 ? Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Nak tanya ..elaun tuk emk kali ke2 dg msuk @ belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmi kat sabah pn blum masuklg yg ptma pn bln ogos kmi trima

      Delete
  17. saya pun nak tanya elaun emk kali kr 2 bila masuk

    ReplyDelete
  18. saya nak tanya elaun emk kali 2 bila masuk. dah nak masuk november 2019, tapi belum ada apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi Kuala Lumpur, EMK kali kedua dah masuk pada 15 Oktober yang lepas

      Delete
  19. emk kali kedua bila akan masuk?

    ReplyDelete
  20. Mcmmne x selaras ni. Kl dh masuk, abes lain2 negeri bila masuk emk ke dua ni?

    ReplyDelete
  21. elaun akan Masuk setiap berapa hari bulan yer.. samaada awal bulan ke atau hujung bulan... 😊

    ReplyDelete
  22. bila akan masuk emk kedua utk selangor?

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Ank sy bru ada kad oku n bru masuk sekolah pendidikan khas tahun 2020,nk tnya mcm mna nak apply bantuan ni?

    ReplyDelete
  25. Ank saya baru ada kad OKU tapi dia sekolah rendah biasa bukan pendidikan khas.boleh ke dia dapat duit alaun ni?kalau boleh Nak mohon dengan siapa. Ppd atau skolh.

    ReplyDelete
  26. Tahun ni masa MCO emk akan bagi macam biasa ke?

    ReplyDelete
  27. Tahun ni punya masok bila ya

    ReplyDelete
  28. Iya tahun buln brapa masuk emk negeri sabah boleh tolong update tq..

    ReplyDelete
  29. Bila elaun oku dimasuk? Sdh tunggu 1 bulan ni

    ReplyDelete
  30. Alaun utk pelajar oku dh masuk ke blum?

    ReplyDelete
  31. Alaun untuk huju ng tahun ni dah mAsuk ke

    ReplyDelete
  32. Elaun untuk tahun 2021 masuk tak lg

    ReplyDelete
  33. Pembayaran elaun kepada pelajar OKU semasa sesi persekolahan.. Bagaimana Pembayaran kepada pelajar yg telah tamat pembelajaran (Tamat Tingkatan 5/) Bagaimanapun utk mendapatkan Pembayaran elaun secara berterusan selepas tamat Pembelajaran..

    ReplyDelete
  34. Salam,nak tanya emk pertama untuk kuala lumpur dah masuk ker belum?

    ReplyDelete