Monday, 21 July 2014

Terencat Akal

Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Kanak-kanak terencat akal mengalami masalah di dalam pembelajaran kerana tahap mental yang rendah dan rendah ataupun tiada keupayaaan dalam mengurus aktiviti harian. Kanak-kanak yang mengalami terencat akal teruk tidak dapat berjalan, bercakap ataupun mengurus diri (Jamila K.A Mohamed 2005).

Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:
  • Kurang koordinasi motor. 
  • Sukar menumpukan perhatian. 
  • Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. 
  • Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. 
  • Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan. 
  • Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. 
  • Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. 
  • Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. 
  • Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. 
  • Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. 
  • Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. 
  • IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas. 
  • Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif. 

No comments:

Post a Comment