LATAR BELAKANG
Kerajaan telah meluluskan pemberian bantuan EMK bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas yang tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).
KELAYAKAN MURID
Kelayakan murid untuk menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti
berikut:
Read more ...
Kerajaan telah meluluskan pemberian bantuan EMK bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas yang tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).
KELAYAKAN MURID
Kelayakan murid untuk menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti
berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Murid Prasekolah hingga Tingkatan 6;
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan;
- Pelajar di Kolej Matrikulasi;
- Memiliki surat pengesahan OKU/Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
- Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan Kerajaan.
KADAR ELAUN
Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang
layak ialah RM150.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh) sebulan dan dibayar
untuk tempoh 12 bulan. Pembayaran EMK dibuat dua (2) kali setahun.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Bagi melancarkan proses pemberian EMK, setiap peringkat perlu memainkan
peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
- Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Sekolah Pendidikan Khas dan menjadi penyelaras keseluruhan bagi data murid OKU;
- Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/SMV);
- Bahagian Matrikulasi perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Kolej Matrikulasi;
- Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membuat pengesahan dan meluluskan permohonan yang diterima secara atas talian (online) daripada sekolah setelah disemak oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD); dan
- Pengarah Kolej Matrikulasi/Pengetua/Guru Besar perlu mengenal pasti murid-murid yang layak menerima EMK.
TATACARA PERMOHONAN
Tatacara permohonan EMK adalah seperti berikut:
- Pihak Kolej Matrikulasi/Sekolah perlu mengedarkan borang permohonan EMK kepada ibu bapa/penjaga murid yang layak untuk diisi seperti di Lampiran A. Borang yang telah lengkap berserta dokumen sokongan yang telah disahkan perlu diserahkan kepada pihak Kolej Matrikulasi/Sekolah; dan
- Borang permohonan yang diterima hendaklah disemak dan disahkan di peringkat Kolej Matrikulasi/Sekolah. Senarai permohonan tersebut hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) kepada BPKhas/Bahagian Matrikulasi/ BPTV/JPN melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/sisoku/ berdasarkan takwim tahun semasa yang diedarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesi permohonan EMK adalah Sesi I Januari tahun semasa dn Sesi II September tahun semasa,
- Murid yang tamat persekolahan di Sekolah Rendah perlu membuat permohonan semula di Sekolah Menengah. Murid di Sekolah Menengah yang menyambung pengajian ke peringkat Matrikulasi juga perlu membuat permohonan semula di Kolej Matrikulasi; dan
- Pembayaran tidak akan dibuat bagi permohonan selepas 30 September tahun semasa.
TATACARA PEMBAYARAN
Kaedah pembayaran EMK bagi murid yang layak adalah seperti berikut:
- Tarikh daftar sekolah bagi murid yang mempunyai kad OKU; atau
- Tarikh menerima kad OKU daripada JKM bagi murid yang sedang bersekolah.
Penerima EMK akan menerima bayaran EMK mengikut kadar yang telah ditetapkan sehingga tamat pengajian matrikulasi / tempoh persekolahan.
Sumber: Surat Pekeliling Kewangan Bil.1 Tahun 2012 Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)