Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

Jenis-jenis Program Pendidikan Khas

Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah yang dikhususkan bagi murid-murid berkeperluan khas bagi kategori Pendengaran dan Penglihatan sahaja. Sekolah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program Integrasi Pendidikan Khas
Merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang mempunyai kelas pendidikan khas yang diubahsuai. Program yang ditawarkan merangkumi ketiga-tiga kategori iaitu, Penglihatan, Pendengaran dan Pembelajaran. Selain itu diwujudkan juga Program Disleksia dan Autisme di beberapa buah sekolah.

Program Inklusif
Merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas yang berkelayakkan belajar bersama-sama murid-murid aliran perdana di kelas-kelas biasa, termasuk seolah-sekolah yang mempunyai program integrasi ataupun sekolah-sekolah yang tidak mempunyai program integrasi yang dibuka oleh JPWPKL.

Program Pemulihan Khas
Program ini diwujudkan bagi membantu murid-murid yang tidak mampu menguasai 3M ( Menulis, Mengira dan Membaca), ia dibuka di semua sekolah rendah di Kuala Lumpur.
Read more ...

Saturday, 12 July 2014

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIDKAN KHAS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIDKAN KHAS

PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan (KSSRPK) (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsipprinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan - Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan;
“guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSRPK (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT
KSSRPK (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF
KSSRPK (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid:
  1. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
  2. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
  3. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya
  4. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
  5. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
  6. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
  7. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
  8. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
  9. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
  10. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
  1. Komunikasi
  2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
  3. Kemanusiaan
  4. Sains dan Teknologi
  5. Fizikal dan Estetika
  6. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan
Read more ...